Kesemua mereka terdiri daripada pelajar daripada 10 buah sekolah berserta guru penyelaras.

Penyelaras program, Noor Sazarina Mohd. Noor berkata, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan fungsi serta peranan SPRM dalam menangani gejala rasuah.

“Peserta turut diberi taklimat pendidikan bagi membentuk generasi bermaruah selain dibawa melawat bangunan SPRM,” katanya.