Majlis berlangsung dari pukul 2 hingga 5.30 petang itu turut menghimpunkan pemilik 75 buah kenderaan pelbagai guna Toyota Wish di seluruh Pulau Pinang dan kawasan sekitar.

Penaung PWOC, Tengku Hazman Tengku Hassan berkata, program tersebut diadakan bertujuan mengeratkan hubungan ahli kelab dan keluarga sekali gus berpeluang bertukar pandangan mengenai dunia permotoran.

“Majlis tersebut sememangnya memberi banyak manfaat kepada kami selain dapat merapatkan tali persaudaraan antara ahli dan keluarga masing-masing,” katanya.