Presiden GCC, Ab. Aziz Yusoff berkata, program kayuhan amal itu adalah bertujuan menyampaikan sumbangan barangan makanan asas buat penghuni Pondok Tarbiah Al-Aulad Sungai Kenerongn.

“Kami juga telah membuat jamuan nasi arab dihidangkan dengan tiga ekor kambing bakar untuk 80 pelajar pondok berkenaan,” katanya di sini kelmarin.

Dalam program itu, peserta melalui beberapa laluan berbukit melalui Kampung Sungai Terah, Kampung Star, Kampung Pulau Setelu, Kampung Kuala Tol, Kampung Kuala Lah, Kampung Jerek, Kampung Meranto dan Kampung Kenerong.