Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Profesor Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, beliau menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak Agrobank yang telah memberi sumbangan tersebut kepada pihak UTeM.

“Wang zakat korporat ini akan disalurkan kepada golongan pelajar yang memerlukan bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka di universiti ini.

“Bagi melancarkan pengagihan sumbangan tersebut, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM akan menguruskan pemberian zakat ini terus kepada pelajar yang layak,” katanya.

Sementara itu, Bendahari UTeM, Khairul Taib berkata, pihak Agrobank turut merangka aktiviti bersama dengan UTeM bagi memberikan manfaat kepada kakitangan dan juga pelajar.