Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, program yang bertujuan untuk mendekati pelanggan institusi perbankan berkenaan yang berada di luar bandar itu.

“Pelbagai aktiviti melibatkan segenap masyarakat diadakan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, penerangan produk kewangan dan pelancaran mesin pengeluaran wang automatik,” katanya.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.