Juara bagi acara itu dimenangi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), manakala naib juara pula diraih Agensi Nuklear Malaysia dan tempat ketiga, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB), Ruszaini Abd. Karim.

Juara keseluruhan diraih AADK, manakala naib juara pula dimenangi oleh Hospital Kuala Lumpur dan ketiga Agensi Nuklear Malaysia.

Pengelola acara, Mohd. Sahli Ismail berharap karnival itu yang turut melibatkan sukan boling, sepak takraw dan badminton akan terus diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat kesukanan serta merapatkan hubungan sesama kakitangan kerajaan.