SYEIKH Faisol Omar (tengah) mengoreng ayam tanduri bersama Cef Saifudin Rosli (kiri) sempena Program Resipi Orang Masjid 2019 di Masjid Al-Islah Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Faisol Mansor berkata, program bertemakan Sedap dan Lazat itu melibatkan pelbagai aktiviti termasuk mempelajari cara-cara masakan ayam goreng tanduri.

“Cara-cara memasak ayam goreng tanduri dikendalikan oleh Cef Saifudin Rosli selaku Duta Ayam Bismi yang tidak asing lagi di wilayah utara.

“Sebagai pegawai masjid, mereka perlu pandai memasak apa sahaja juadah selain menyiapkan nasi putih, ayam masak merah, ayam goreng berempah, gulai ikan talang, rojak dan buah buahan, ulam-ulaman, gulai daging serta air minuman untuk dihidangkan kepada tetamu sempena majlis tertentu,” katanya.