Pesuruhjaya Program Pengakap negeri, Badrul Hisham Abdullah berkata, majlis itu merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah atas usaha dan semangat ahli-ahli.

“Pada majlis ini kita turut menyampaikan anugerah kepada ahli pengakap yang lulus ujian lencana Emas, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja,” ujarnya.