Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Edward Chong berkata, acara tahunan itu turut menarik penyertaan peserta dari Australia, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Thailand, Singapura and Taiwan.

“Tujuan utama acara ini adalah untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup sihat menerusi aktiviti larian,” katanya.

Tambahnya, larian tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu 5 kilometer (km), 12km dan 21km dengan setiap peserta yang tamat larian diberi medal.