Pengurus projek, Masafika Mahmun berkata, program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional Shah Alam bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan aktiviti jualan menggunakan teknologi digital.

Katanya, sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengasas Clientzap, Aiman Nizam itu turut berkongsi tip dan panduan untuk menambah baik penggunaan laman media sosial seperti Facebook dan Instagram.