Pengerusinya, Md. Azman Biyamin berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan memberikan mesej kesedaran kepada penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan di dalam atau di luar rumah daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Kita juga turut memberikan penduduk ubat jentik-jentik yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan.

“Saya berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang dalam mendidik orang ramai mengutamakan kebersihan serta keselamatan penduduk setempat,” ujarnya.