Menurut kaunselor sekolah merangkap Penyelaras Program, Wan Nasuha W. Hanafi, acara tahunan yang diadakan selama tiga hari dua malam di sekolah itu antara lainnya bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri serta nilai kepimpinan yang unggul.

“Tahun lalu aktiviti banyak memberi tumpuan kepada terapi air contohnya berkayak, membuat rakit, terjun dari jambatan serta berenang.

“Namun, kali ini kita cari kelainan dengan memfokuskan kepada aktiviti seperti abseiling, explorace serta kawad kaki formasi,” katanya.