Program ‘Sports For All 2017’ itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad khusus untuk rakyat Selangor yang dikelolakan oleh Kelab Memanah Alpha Brothers (ABAC) dengan kerjasama Kelab Memanah Puchong.

Menurut jurucakap program, objektif aktiviti itu antaranya untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan memanah serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan pelajar dan belia.

“Peserta dan pengunjung turut berpeluang melihat dengan lebih dekat demonstrasi memanah busur oleh jurulatih ABAC sebelum pertandingan memanah mini diadakan,” ujarnya.