Pengurus Besar Hal Ehwal Kerajaan dan Awam ExxonMobil, Sukiman Mohamed berkata, program dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia itu bertujuan memantapkan lagi teknik pengajaran guru-guru dalam subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

“Teknik pengajaran interaktif oleh guru pembimbing yang mahir itu kemudiannya disasar dapat menarik minat lebih ramai murid di sekolah masing-masing terhadap subjek STEM,” katanya.