Tujuan utama majlis dijayakan adalah untuk menghargai guru-guru yang telah banyak berjasa sepanjang tempoh persekolahan dahulu selain mengumpulkan wang dana berjumlah RM2,000 yang disumbangkan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru SIGS.

Pada majlis tersebut, seramai tujuh orang bekas guru yang pernah mengajar di SIGS hadir bersama dengan Pengetua SIGS iaitu Zuraidah Said serta bekas pelajar termasuk mereka yang telah menetap di luar negara, antaranya di Vietnam, Jakarta dan Singapura.