Pegawai Perhubungan Strategik Edisi Manjung, Leftenan Ahmed Audi Azizan berkata, pengambilan kali ini melibatkan sembilan orang pegawai dan 62 orang perajurit muda selepas mereka menjalani latihan awal yang diadakan.

“Mereka akan menjalani sesi kedua iaitu pemeriksaan kesihatan yang bakal diadakan di Hospital Angkatan Tentera 96 sebelum menjalani pemilihan terakhir iaitu sesi temu duga bagi menentukan sama ada mereka layak ataupun tidak.

“Seterusnya, mereka juga akan menjalani kursus induksi di KD Sri Manjung serta latihan sebagai bakal pegawai dan anggota PSSTLDM,” ujarnya.