Program itu diadakan sempena Kursus Kokurikulum Berkredit berteraskan Universiti Community Engagement.

Pengajar Kursus Pengurusan Diri, Mohd. Hilmi Izwan berkata, program tersebut antara lain bertujuan untuk memupuk keyakinan diri pelajar selain mengeratkan hubungan di antara warga universiti dan masyarakat serta masyarakat setempat menerusi sumbangan khidmat komuniti.

“Sepanjang program berlangsung, pelajar dapat mempelajari elemen–elemen yang perlu ada dalam menempuh alam pekerjaan kelak seperti berdikari, membuat keputusan dengan tepat, bekerjasama dan berkomunikasi,” katanya.