Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner berkata, selain wang tunai, penghuni turut menerima dua periuk nasi, dua unit kipas dan dua unit mesin penapis air selain sebuah mesin basuh dan mesin pengering pakaian.

“Sejak dua tahun lalu, SSM telah mempelbagaikan kaedah pemberian zakat korporat dan memastikan penyampaiannya dilakukan secara menyeluruh untuk semua asnaf.

“SSM juga telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengendalikan segala urusan pembayaran zakat selaras dengan garis panduan dan polisi yang telah ditetapkan,” katanya.