Pesuruhjaya Pengakap Usukan, Mohd. Zain Tawan berkata, perkhemahan selama tiga hari itu diadakan bagi memastikan peserta lulus dalam Ujian Lencana Keris Emas mengikut Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak.

Katanya, Lencana Keris Emas merupakan lencana Kemajuan Tertinggi dalam Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak yang perlu dilengkapkan sebelum menamatkan persekolahan di sekolah rendah.

Selain SK Pekan Kota Belud, sekolah lain di daerah Kota Belud yang terlibat ialah SJKC Chung Hwa, SK Kulambai, SK Kuala Abai, SK Sembirai, SK Peladok dan SK Tamau.