Pegawai Kemas Daerah Sabak Bernam, Noriani Tusiran berkata, program itu bagi memberikan pendedahan terhadap perniagaan terutama atas talian dalam membantu menambah sumber pendapatan keluarga mereka.

“Pengisian kursus termasuk strategi memilih, membuat dan memasarkan produk keluaran masing-masing serta perkongsian pengalaman bersama usahawan yang telah berjaya selain menggalakkan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya.