Misi tersebut dijayakan dengan kerjasama Kolej Profesional Mara, Beranang dan Persatuan Dakwah Islamiah Beranang.

Program yang dianjurkan itu bertujuan memberi peluang kepada para peserta menikmati dan melihat keagungan ciptaan Allah.

Selain itu, ia juga diharap dapat memupuk hubungan silaturahim dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.