TImbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajarnya, Muhammad Abd. Rahman berkata, program bertemakan Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa yang dianjurkan itu bertujuan untuk menampung bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan Hospital Daerah Machang.

Katanya, sokongan dan keikhlasan untuk menderma darah oleh staf dan pelajar IKTBN tersebut perlu diberi pujian.

“Ini memandangkan rata-rata mereka datang lebih awal sebelum kaunter untuk menderma darah dibuka,” katanya.

Program itu dikendalikan oleh 40 kakitangan daripada kedua-dua hospital terbabit.