Program Trio Impian merupakan salah sebuah program pembangunan sepak takraw yang dilaksanakan oleh komuniti sepak takraw terbesar di Malaysia, Masyarakat Bolarotan (MBR).

Presiden MBR, Mohsen Amdan memberitahu, program yang berlangsung sebanyak lapan siri itu berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw di seluruh negeri Selangor sekali gus memberi peluang kepada regu sedia ada bersaing dalam pertandingan yang lebih kompetitif.

“Program tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ini memberikan penumpuan kepada pencarian bakat sepak takraw di seluruh negeri untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Kita berharap dapat menganjurkannya pada setiap tahun,” katanya.