Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan merasmikan karnival yang menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan LBS Foundation.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Ahmad berkata, kira-kira 500 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi awam serta swasta turut menanam pokok bakau di sekitar Taman Alam Kuala Selangor seluas 261 hektar itu.

Katanya, penganjuran karnival dan program menanam pokok bakau itu berjaya menerapkan nilai mencintai alam sekitar serta memupuk komitmen masyarakat dalam memelihara tanah.