Pengerusi Jawatankuasa Pengelola program, Rus Bakarurraini Shahfei berkata, program tahunan bertemakan Iskandarian Glamorous Nite, Tue Mude Bergaye itu bertujuan memupuk rasa muhibbah, persefahaman dan persahabatan sesama ahli.

“Antara program yang diadakan termasuk pertandingan boling, mesyuarat agung dan makan malam serta cabutan bertuah,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman; Penaung Iskandarian, Datuk Ir Azizuddin Meor Hamzah dan Presiden Iskandarian, Datuk Ismail Kamaruddin.