Menurut Ketua Biro Pendidikan, Jamri Jawas, taklimat mengenai teori penyembelihan dan korban disampaikan Dr. Muhamad Faisal Ashaari sementara mengenai praktikal penyembelihan oleh Roslan Bahari.

“Kami berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia ternyata memberi manfaat dan pengetahuan berharga kepada peserta yang menyertainya,” katanya.