Menurut Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, program tersebut adalah aktiviti riadah yang melibatkan penduduk di sekitar Kota Raja dan penunggang dari daerah-daerah lain.

"Program ini melibatkan penunggang golongan kanak-kanak, muda, wanita dan juga veteran.

"Cabaran utama yang perlu ditempuh peserta adalah menunggang basikal di kawasan berbukit dinamakan Bukit Thangumaley yang terkenal dalam kalangan penunggang basikal Mountain Bike," katanya.