Program yang diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2018 itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan wanita khususnya warga kota.

Aktiviti itu dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Badan Amal Kasih Ibu Kesejahteraan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Biro Sukan UMNO Putrajaya.

Pelepasan peserta kayuhan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.