Majlis Konvokesyen itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS, Tan Sri Datuk Dr. Rozali Ismail.

Pengarah PSIS, Ishanuddin Hussin berkata, pada majlis itu, seramai 116 graduan menerima Diploma Kejututeraan Awam, 116 graduan (Perdagangan), 120 graduan (Pelancongan dan Hospitaliti) dan 75 graduan menerima Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

“Anugerah Kehormat Politeknik Sultan Idris Shah dianugerahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof atas sumbangannya yang tinggi dalam bidang pendidikan.

“Nur Hayati Mualim pula, graduan Diploma Kejuruteraan Awam dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Tan Sri Rozali atas kejayaannya dalam pendidikan dan kokurikulum,” katanya.