Penganjuran kali kedua itu bertujuan membentuk keyakinan dan kecerdasan minda penuntut khususnya dalam kalangan remaja.

Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer PTSB, Azamin Ahmad berkata, program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu merupakan kesinambungan kepada aktiviti bilik kuliah untuk membantu penuntut menghadapi peperiksaan masing-masing.