Jurucakap kolej itu berkata, kesemua pelajar berjaya menghabiskan pembacaan al-Quran dalam tempoh tujuh bulan selepas tamat menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia bagi mengisi masa lapang sementara menunggu kemasukan ke mana-mana pusat pengajian tinggi.

Mereka merupakan antara 118 graduan di bawah Kumpulan Pendidikan As Sofa yang diraikan pada majlis tersebut.

Majlis itu dihadiri Undang Luak Rembau, Yang Teramat Mulia Datuk Lela Maharaja, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tokoh Ulama Dunia, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahab Al Tazi yang juga merupakan Profesor di Universiti Raja Saud, Arab Saudi.