Menurut Presiden Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia, S.Edwin, kejohanan tahunan tersebut menampilkan pelbagai kategori mengikut kelas tali pinggang masing-masing dan bukan berdasarkan berat badan seperti sebelum ini.

Majlis penutup program tersebut disempurnakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sukan, Ko-kurikulum dan Kesenian KPM, Rashidi Mean dan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz.