Pengasas Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia, Master S. Edwin berkata, objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk membantu dan melahirkan atlet berdisiplin tinggi untuk negara pada masa depan.

“Taekwondo merupakan sukan seni mempertahankan diri yang mendapat sokongan hangat daripada peserta, ibu bapa serta masyarakat. Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur dari sembilan daerah seluruh negeri,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz.