Ekspedisi yang diketuai Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, Mohd. Syukri Azaari itu bertujuan untuk mempromosikan program riadah yang dikenali sebagai ‘Penjenamaan Adventure Muallim’.

Menurut beliau, ekspedisi tersebut memilih Gunung Liang yang juga merupakan puncak ke-21 tertinggi di negara ini dengan ketinggian kira-kira 1,933 meter dari aras laut.

“Gunung Liang merupakan antara lokasi kegemaran pendaki tempatan, justeru kita mahu mempromosikan kawasan ini terutama dalam kalangan pencinta alam sekitar.

“Ekspedisi selama dua hari ini juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan para peserta,” katanya.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Slim River, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.