Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UUM, sebanyak enam buah universiti menyertai pertandingan itu antaranya, Princess of Naradhiwas University, Yala Rajabhat University, Fatoni University, Walailak University, Thaksin University serta UUM.

Mahasiswa yang mewakili UUM terdiri daripada pelajar Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa iaitu V.Nirosh; Nur Fathin Farina Mokhtar (Undang-Undang); Farhana Shabuddin (Komunikasi) dan Noor Asmina Aboo Backer (Perniagaan, Undang-undang dan Falsafah).

Sesi perlepasan disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar di JHEP UUM, Noor Azman Yusoff sambil disaksikan Pengarah Unit Debat, Advokasi dan Oratari, UUM, Muhammad Hafiz Badarulzaman di UUM, Sintok, Kedah baru-baru ini.