Program itu dianjurkan Persatuan Belia Felda Malaysia cawangan Felda Simpang Waha dan sekolah agama itu dengan kerjasama Hospital Daerah Kota Tinggi.

Pengerusi persatuan itu, Fazly Ismail berkata, program yang julung-julung kali dianjurkan itu melibatkan peserta berumur antara enam hingga 12 tahun.

“Sambutan kali ni amat meriah kerana lebih 200 masyarakat hadir terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka,” katanya.