Majlis tersebut diadakan di rumah salah seorang waris keluarga berkenaan iaitu Azman Johari.

Menurut Azman, moyangnya, Adnan yang berasal dari Pachitan di Tanah Jawa, Indonesia telah berhijrah ke Melaka pada tahun 1890 dan menetap di Batu Songo, Kampung Tambak Paya.

Katanya, majlis tersebut yang menghimpunkan generasi ketiga dan keempat Adnan melibatkan 68 buah keluarga bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama.