Pengurus forum berkenaan, Yong Sook Yan berkata, program itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik belia mengenai cara terbaik dalam memberi sokongan kepada golongan yang mempunyai masalah mental.

Hadir merasmikan forum berkenaan ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, USM, Dr. Bahiyah Omar.