Sempena program anjuran Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna, Sains Teknologi dan Inovasi negeri itu, sebanyak 800 benih pokok bakau daripada spesies bakau kurap dan bakau minyak berjaya ditanam.

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Nasir Mamat berkata, program itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan melindungi pantai dan sungai serta mengukuhkan zon penampan hakisan secara semulajadi dengan tanaman pokok seperti bakau.