Kelab berbasikal itu menyediakan pelbagai juadah hari raya bagi meraikan bulan Syawal bersama-sama ahli dan keluarga masing-masing.

Majlis yang diadakan setiap tahun tersebut bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan peminat sukan berbasikal selain dapat berbincang mengenai aktiviti kelab pada masa hadapan.