Kesemua anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan turut dihadiri Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A. Hamid.

Menurut Amirudin, sumbangan yang diberikan oleh kakitangan awam MDKL bukan sahaja untuk memudahkan tadbir urus Kerajaan Negeri Selangor, malah kepada rakyat di Kuala Langat.

“Justeru APC ini untuk mengiktiraf kakitangan yang cemerlang dalam memacu aspirasi dan dasar Kerajaan Negeri Selangor dengan penuh komitmen dan dedikasi, “ katanya.