Program itu diadakan di rumah pemenang Johan Kategori Individu Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2018, Azli Suradi bertempat di kampung berkenaan.

Guru Besar SK Kampung Baharu, Maziyah Mohamed berkata, program anjuran Unit Kurikulum sekolah itu bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2019 selain menghayati erti kemerdekaan dan menaikkan semangat patriotisme kepada murid.

“Kita memilih rumah Azli sebagai lokasi program kerana ia dihias indah dengan Jalur Gemilang, selain mempunyai replika dan hiasan lain bertemakan Hari Kebangsaan seperti replika kapal Bahtera Merdeka “ katanya.

Jelasnya, pihaknya berharap melalui program tersebut murid dapat menanam rasa kecintaan terhadap tanah air selain mengenang jasa pemimpin dan pasukan keselamatan yang berjuang bagi mencapai kemerdekaan negara.