Program Hari Terbuka Kapal Maritim yang bertemakan 'Warga Cemerlang Maritim Gemilang' itu dibuka kepada orang ramai bagi melihat dengan lebih dekat tanggungjawab yang digalas anggota penguatkuasaan berkenaan dalam menjaga kesejahteraan perairan Kelantan.

Antara sekolah yang dijemput ke hari terbuka itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku, SK Tok Bali, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku, di sini serta SMK Tendong, Pasir Mas dan SMK Kok Lanas, Kota Bharu.

Penolong Kanan Kokurikulum SK Cherang Ruku, Norihan Mat Ghani berkata, seramai 50 orang murid bersama lapan guru pengiring dibawa berkunjung ke hari terbuka kapal itu.

Matlamatnya bagi memberi pendedahan dan pengalaman menaiki kapal, meninjau kelengkapan dan mendapat pendedahan berhubung bidang tugas anggota penguatkuasaan APMM.