Pengetua sekolah itu, Zainal Kasim berkata, mesyuarat itu menjadi platform bagi mewujudkan kesepakatan antara guru dan ibu bapa dalam merencanakan pembangunan pelajar dan sekolah.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim yang turut mengumumkan sumbangan RM30,000 kepada PIBG sekolah tersebut serta bantuan pendawaian semula elektrik selain penambahan kerusi dan meja guru.