Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program itu bertujuan melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida.

“Seramai 3,000 orang pengunjung telah hadir bagi memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada kali ini. Pihak MBSA juga telah mengedarkan 800 T-Shirt percuma kepada 800 peserta sempena aktiviti larian (Fun Run) Sempena Shah Alam Bebas Plastik,” katanya baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk berbasikal, berjalan kaki, persembahan pentas oleh kombo MBSA, senamrobik dan pameran kesihatan.