Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Abdul Samad Abdul Hakim berkata, pelbagai acara disusun sepanjang program itu.

“Beberapa acara pertandingan termasuk solekan wajah, kraf tangan daripada surat khabar, pakaian tradisional dan lagu patriotik diadakan,” katanya.

Program itu dirasmikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul manakala hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ishak Jonid.