Penyertaan bagi kejohanan itu bukan sahaja disertai oleh petinju senior dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, malah turut disertai petinju dari Thailand.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Petinju Kedah, Khairol Azhar Hassan berkata, kejohanan itu diadakan bagi mengenang kembali zaman kegemilangan petinju yang bergiat aktif pada tahun 1980-an dan 1990-an.

“Kami juga mahu mendedahkan kepada generasi muda tentang sukan tinju seterusnya menyemai minat mereka untuk bergiat aktif dalam aktiviti berkenaan,” katanya.