Penyelaras program, Mohd. Wazir Zulhasnan berkata, kesemua peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman memasuki hutan belantara menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi melihat keindahan flora dan fauna yang terdapat di hutan tersebut.

“Para peserta turut dibawa melawat ke kawasan perkampungan Orang Asli dari suku Jahai dan diberi taklimat mengenai cara hidup di hutan belantara termasuk memancing ikan kelah dan sebarau.

“Pada sebelah malam, program diteruskan dengan sesi suai kenal dan pertandingan bagi mewujudkan suasana ceria selain mengeratkan lagi hubungan persaudaraan,” katanya.