Penganjur program, Hambali Parjan berkata, inisiatif untuk mengadakan program tersebut timbul apabila masing-masing sudah lama tidak berjumpa dengan rakan-rakan sekerja dahulu.

“Melalui perjumpaan ini, kami dapat mengeratkan kembali ukhuwah yang telah lama terjalin serta mengimbau kembali kisah suka dan duka semasa masih bekerja,” katanya.