Acara bertemakan Gelombang Merah Hitam itu berlangsung meriah di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan bekas pelajar terlibat.

Selain majlis tersebut, pihak penganjur turut berhasrat mengadakan beberapa program lain dalam tempoh terdekat, sekali gus menarik penyertaan lebih ramai bekas pelajar SMAKL pada masa akan datang.